Monday, August 22, 2005

Hadirmu

Hadirmu...
hadirmu membawa seribu makna
kau berikan petunjuk
kau berikan keyakinan
kau bagaikan bintang yang sentiasa
menemani bulan
bintang yang memberikan petunjuk
kepada yang memerlukan

Hadirmu...
kau membawa senyuman kepadaku
kau sembuhkan lukaku
bagiakan penawar yang sentiasa diperlukan
kau bahagiakan aku dengan tawamu
sehinggakan aku tidak sedar
kau hanyalah temanku biasaku

Hadirmu...
saat aku mendengar suaramu
aku membayang wajahmu
walaupu begitu kabur
namun aku tidak berputus asa
aku tahu aku tak dapat melakar wajah asalmu
aku mencuba walaupun kau bukan seperti
yang aku bayangkan...

Hadirmu...
kerana kaulah aku berdiri disini hari ini
kerana semangat kaulah
ketabahan memenuhi diri ini
kekuatanmu manjadikan aku
seperti hari ini
akan ku jadikan diriku sekuat dan setabahmu

Hadirmu...
membawa kembali perasaan rindu
perasaan yang telah lama aku padamkan
apakah perasaanku terhadapmu?
aku sentiasa menunggu kehadiranmu
mendengar suaramu
sudah cukup menghilangkan rinduku
rinduku kepada seorang teman...
yang telah mengembalikan diri ini...