Sunday, August 07, 2005

Hati masih rindu


Hati ini rindu lagi
Rindu pada si dia yang aku nanti
Walau dia nun jauh di sana
Tetapi seakan dia dekat di sisi

Mengapa rindu ini
Masih belum mahu pergi?
Mengapa rindu ini
Masih teguh di sini?

Sukar untuk aku mengerti
Mengapa harus aku terus merindui

Rindu ku ini,
Setia bagaikan ombak membelah pantai
Bagaikan bintang yang menemani bulan
di kala malam
Bagaikan mentari memancar menyinari alam

Rindu ini masih milik seorang aku
Namun aku tahu,
Pasti akan datang satu hari nanti
Rindu ku ini akan berlalu pergi
Kerana di kala itu
Aku sudah berjumpa
Si pemilik rindu ini....

0 Comments:

Post a Comment

<< Home