Tuesday, July 12, 2005

Maaf

maaf d atas segala yang berlaku
tak ingin kuulangi
buat kedua kali

amarah yang kau pendam
lahir dari perbuatanku
dan aku mengerti
sekiranya kau membenciku
lalu menyisihkan diriku

jika tiada maaf bagimu
apalah dayaku
kerana yang bersalah adalah aku
seorang insan yang tak punya apa
hanya sekeping hati
yang rasa berdosa

maafkanlah
kesilapan itu kesilapanku
luahkan apa yang kau mahu
akulah penipu
akulah yang bersalah
akulah...

sebuah kemaafan
hanya itu yang ku pinta
darimu....
wahai teman...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home