Wednesday, July 13, 2005

ketika hati menangis

Tuhanku
ketika hati sedang menangis
hanya Engkau saja yang tahu
betapa merananya diriku
tak mungkin yang lain tahu

Tuhanku
ketika mereka meninggalkan aku
sendiri terkapai-kapai
ketika dunia tiasa simpati
kau tetap mendengar rintihanku
padaMu tempatku menagih kasih
ketenangan kurasa mendekatiMu
syahdu malam tak terasa sunyi

Tuhanku
ketika aku dalam kepayahan
keseorangan dihimpit beban derita
kau beri aku kesabaran
pengalaman mangajar aku erti kematangan
lantas Kau membuka pintu hatiku
untuk memberi kemaafan
pada mereka yang pernah melukakanku
pada mereka yang terus melukakanku
dan mereka yang tersedar kerana melukakan

Tuhanku
ketika aku buntu
keliru dengan masa depanku
Kau berikan aku kekuatan
Kau tunjukkan aku jalan
peluang kedua yang sungguh bermakna
sebagai suluh hidupku
menebus usia yang sia-sia
mengganti semalam yang pergi
memperbaiki kelemahan diri
mempelajari pangajaran dari kesilapan
manimbus kecewaan dan dendam

moga tiada lagi aku
bercita-cita lemas di laut
atau terlanjur menelan berlebihan pil
sungguh pelik bunyinya tetapi benar
hanya Kau saja yang mengerti
hatiku tersiksa sekian lama
kini akhirnya bangkit semula
melupakan episod terakhir
dan menyambut lembaran baru..

Tuhanku Yang Maha Pengasih
rahmatMu tak terkira
syukurku melangit pun tak tercapai
sungguh aku rasa berdosa
kerana dulu sering terlalai
semoga penyesalanku kau terima...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home