Sunday, July 17, 2005

Kau meninggalkanku


ketika kumemijakkan kaki di hatimu

yang gersang oleh kasih sayang..

bagai alam mimpi..

kau memberikan sejuta

harapan baru untukku..

elok parasmu membuatku

bagai ditemani cahaya bulan..

dan kini kepergianmu membuatku terluka..

aku telah terjatuh diantara ratusan hari

yang mengabarkan tentang kematianku..

seperti malam yang memelukku

dan menghempaskanku ..

dan kini engkau benar benar pergi bersamanya..

dan meningglakna aku

yang tiada lagi bererti bagimu.

Friday, July 15, 2005

Firasat

Kembali
Kulihat awan membentuk wajahmu
Desah angin meniupkan namamu
Tubuhku terpaku
Semalam
Bulan sabit melengkungkan senyummu
Tabur bintang serupa kilau auramu
Akupun sadari
Kusegra berlari

Cepat pulang
Cepat kembali jangan pergi lagi
Firasatku ingin kau tuk cepat pulang
Cepat kembali jangan pergi lagi...

Akhirnya
Bagai sungai yang mendamba samudra
Kutahu pasti kemana kan ku bermuara
Smoga ada waktu
Sayangku
Kupercaya alam pun berbahasa
Ada makna dibalik semua pertanda
Firasat ini
Rasa rindukah ataukah kedamaian
Aku tak perduli
Kuterus berlari

Cepat pulang
Cepat kembali jangan pergi lagi
Firasatku ingin kau tuk cepat pulang
Cepat kembali jangan pergi lagi...

Dan lihatlah sayang
Hujan turun membasahi
Seolah turun air mata
Cepat pulang
Cepat kembali jangan pergi lagi
Firasatku ingin kau tuk cepat pulang
Cepat kembali jangan pergi lagi
Firasatku ingin kau tuk cepat pulang
Pulang...

Aku pun sadari
Engkaulah firasat hati..

Wednesday, July 13, 2005

ketika hati menangis

Tuhanku
ketika hati sedang menangis
hanya Engkau saja yang tahu
betapa merananya diriku
tak mungkin yang lain tahu

Tuhanku
ketika mereka meninggalkan aku
sendiri terkapai-kapai
ketika dunia tiasa simpati
kau tetap mendengar rintihanku
padaMu tempatku menagih kasih
ketenangan kurasa mendekatiMu
syahdu malam tak terasa sunyi

Tuhanku
ketika aku dalam kepayahan
keseorangan dihimpit beban derita
kau beri aku kesabaran
pengalaman mangajar aku erti kematangan
lantas Kau membuka pintu hatiku
untuk memberi kemaafan
pada mereka yang pernah melukakanku
pada mereka yang terus melukakanku
dan mereka yang tersedar kerana melukakan

Tuhanku
ketika aku buntu
keliru dengan masa depanku
Kau berikan aku kekuatan
Kau tunjukkan aku jalan
peluang kedua yang sungguh bermakna
sebagai suluh hidupku
menebus usia yang sia-sia
mengganti semalam yang pergi
memperbaiki kelemahan diri
mempelajari pangajaran dari kesilapan
manimbus kecewaan dan dendam

moga tiada lagi aku
bercita-cita lemas di laut
atau terlanjur menelan berlebihan pil
sungguh pelik bunyinya tetapi benar
hanya Kau saja yang mengerti
hatiku tersiksa sekian lama
kini akhirnya bangkit semula
melupakan episod terakhir
dan menyambut lembaran baru..

Tuhanku Yang Maha Pengasih
rahmatMu tak terkira
syukurku melangit pun tak tercapai
sungguh aku rasa berdosa
kerana dulu sering terlalai
semoga penyesalanku kau terima...

Tuesday, July 12, 2005

Maaf

maaf d atas segala yang berlaku
tak ingin kuulangi
buat kedua kali

amarah yang kau pendam
lahir dari perbuatanku
dan aku mengerti
sekiranya kau membenciku
lalu menyisihkan diriku

jika tiada maaf bagimu
apalah dayaku
kerana yang bersalah adalah aku
seorang insan yang tak punya apa
hanya sekeping hati
yang rasa berdosa

maafkanlah
kesilapan itu kesilapanku
luahkan apa yang kau mahu
akulah penipu
akulah yang bersalah
akulah...

sebuah kemaafan
hanya itu yang ku pinta
darimu....
wahai teman...