Wednesday, April 20, 2005

Sepi itu...

sepi itu sepasang daun pintu..
membuka luas ruang fikiran..
bersama air bersir membasuh mata kelabu..
mancari buah jujur di pohon kebenaran..

sepi itu mengasah tajam sepasang telinga..
mandengar hikayat si bunga hati..
tiada dusta atau pura-pura..
wangi atau busuk rela dihidu..

sepi itu penggerak langkah pertama..
ke perjalanan diri yang jauh..
manyusuri lorong selamat untuk sampai..
memeriksa bekal mengisi tabung hayat..

sepi itu penyuluh di gelap malam..
bulan penuh bintang bertabur..
jalan berliku nampak lurus jelas..
cahaya iman cerah memancar..

sepi itu sekuntum mawar..
mengharum taman hati dua kekasih..
membina jambangan cinta suci..
manyambung rindu dari benua ke benua..

sepi itu sehelai kain sutera..
lembut halus pakaian jiwa..

Tuesday, April 12, 2005

19 Hadis mengenai wanita

>Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut,jawab baginda, "Ibu lebih Penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

> Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

> Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

> Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

> Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibuitu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satukebajikan.

> Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

> Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya,darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

> Barang siapa membawa hadiah, (barang makanan daripasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya,maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

> Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

> Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

> Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada1,000 lelaki yang soleh.

> Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah,siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?Jawab Rasulullah, "Suaminya. Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

> Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu,maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

> Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan dilaut, burung di udara, malaikat di langit, mataharidan bulan semua beristighfar baginya selama mana diataat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

> Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

> Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

> Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

> Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

> Daripada Aisyah r.a. Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka,maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

Tuesday, April 05, 2005

Sinar..

Hidup hanyalah akar yang menjalar, menjelajah segenap destinasi, walau payah, walau sukar, yang datang hanyalah setitis air yang jernih yang bakal menyinari hidup sesingkat cuma...ini lah yang patut kita ingat..selagi kita hidup,kenalah menyinari hidup kita dengan segala macam sinar yang akan buat kita sentiasa gembira.jangan kita lupa sebenarnya orang-orang di sekeliling kita adalah sinar yang kita xnampak, kita tidak perasa...sebab tu kita harus sentiasa pandang-pandang sekeliling kita supaya kita takkan terlepas dari sinar yang sentiasa menunggu untuk menyinari hidup kita..apabila sinar baru yang menyinari hidup kita,jangan pula dilupakan sinar yang sudah lama menyinari hidup kita selama ini..setiap sinar yang baru..pasti ada kaitan dengan sinar yang lama...Tahan menderita kepahitan hidup sehingga penderitaan menjadi kekayaan adalah bahagia.itulah sinar yang paling berharga..Bersyukur dan berpuas hatilah dengan apa yang kita miliki sekarang..Jangan sekali-kali berfikir bahawa kita akan bergembira setelah memiliki perkara-perkara yang tidak kita miliki sekarang.setiap yang di miliki adalah sinar yang takkan kita perolehi untuk sekian kalinya..Kita harus yakin bahawa apa yang ditentukan oleh Allah buat kita, itulah yang terbaik..Kalau kita mendapat kesusahan,ingatlah untuk menyimpan kesabaran yang tinggi..dari situ pasti sinar akan lebih terang.Iman adalah akidah atau pokok pegangan hidup atau kepercayaan.Iman mesti diikuti dengan amal.Amal adalah buah daripada iman..dengan adanya iman,pasti semuanya bersinar..Dengan senyuman,kemanapun kita pergi,bersinarlah di sana cahaya kegembiraan.Tidak ada urusan yang berat dalam dunia ini.Semuanya dapat diatasi dan disitu pasti terpancar sinar kebahagiaan...kebahagiaan yang berpanjangan..supaya hidup kita sentiasa disinari oleh sinar-sinar di sekeliling kita....

Sunday, April 03, 2005

Hati & Jiwa

Hati : Pernah rasa kosong selepas bangun dari tidur?

Jiwa : Ada, selalu.

Hati : Kau tahu kenapa?

Jiwa : Beritahulah aku apa puncanya.

Hati : Ketahuilah , sebenarnya jiwa yang berada di dalam kegelapan adalah
berpunca dari hati yang mati. Dan perkara yang menyebabkan hati mati adalah
kerana banyak ketawa. Mati yang dimaksudkan adalah lalai dari mengingatiNya.

Jiwa : Lalu , apa yang boleh menerangkan semula hati?

Hati : Hanyasanya, mengingati Allah hati akan menjadi tenang. Selain tu, berzikir dan beristighfar banyak dan... nampaknya kenalah kurangkan ketawa...

Jiwa : Mm..nampaknya betullah tu, supaya hati tak rasa kosong lagi kan.Terima kasih.

Hati : Sama-sama.....Oh ya...kalau nak lakukan apa-apa jgn lupa baca doa dulu ya..

P/S : Walau apa pun yang sentiasa kita lakukan, ingatlah ada 2 pencatit amal di kanan dan kiri mu.


Saturday, April 02, 2005

Dia..

Dia adalah segalanya..
Dia juga yang membuat aku tersenyum..
Dia yang memberi aku kasih sayang..
Dia yang aku harapkan selama ini..
Dia yang mengikut kehendakku..

Dia tahu apa aku mahu..
Dia fahami aku..
Kepada Dia aku berjanji..
Kerana Dia aku bertekad..
Dia telah menyempurnakan
tanggungjawabnya..

Dia bersamaku setiap masa
walaupun hanya bayangan..
Tetapi kenangan bersama Dia
terpahat di ingatanku..
Akhirnya Dia pergi juga..
Dia pergi bersama kenangannya..
Dia pergi takkan kembali..
Dia tetap abadi..


Friday, April 01, 2005

Mimpi yang sempurna

Mungkinkah bila ku bertanya
Pada bintang-bintang
Dan bila ku mulai merasa
bahasa kesunyian
Sedarkah aku yang berjalan
dalam kehampaan
Terdiam,terpana,terbata
Semua dalam keraguan
Aku dan semua yang terluka karena kita

Aku kan menghilang
dalam pekat malam
Lepas ku melayang
Biarlah ku bertanya
pada bintang-bintang
Tentang arti kita
dalam mimpi yang sempurna