Sunday, April 03, 2005

Hati & Jiwa

Hati : Pernah rasa kosong selepas bangun dari tidur?

Jiwa : Ada, selalu.

Hati : Kau tahu kenapa?

Jiwa : Beritahulah aku apa puncanya.

Hati : Ketahuilah , sebenarnya jiwa yang berada di dalam kegelapan adalah
berpunca dari hati yang mati. Dan perkara yang menyebabkan hati mati adalah
kerana banyak ketawa. Mati yang dimaksudkan adalah lalai dari mengingatiNya.

Jiwa : Lalu , apa yang boleh menerangkan semula hati?

Hati : Hanyasanya, mengingati Allah hati akan menjadi tenang. Selain tu, berzikir dan beristighfar banyak dan... nampaknya kenalah kurangkan ketawa...

Jiwa : Mm..nampaknya betullah tu, supaya hati tak rasa kosong lagi kan.Terima kasih.

Hati : Sama-sama.....Oh ya...kalau nak lakukan apa-apa jgn lupa baca doa dulu ya..

P/S : Walau apa pun yang sentiasa kita lakukan, ingatlah ada 2 pencatit amal di kanan dan kiri mu.


0 Comments:

Post a Comment

<< Home