Monday, August 22, 2005

Hadirmu

Hadirmu...
hadirmu membawa seribu makna
kau berikan petunjuk
kau berikan keyakinan
kau bagaikan bintang yang sentiasa
menemani bulan
bintang yang memberikan petunjuk
kepada yang memerlukan

Hadirmu...
kau membawa senyuman kepadaku
kau sembuhkan lukaku
bagiakan penawar yang sentiasa diperlukan
kau bahagiakan aku dengan tawamu
sehinggakan aku tidak sedar
kau hanyalah temanku biasaku

Hadirmu...
saat aku mendengar suaramu
aku membayang wajahmu
walaupu begitu kabur
namun aku tidak berputus asa
aku tahu aku tak dapat melakar wajah asalmu
aku mencuba walaupun kau bukan seperti
yang aku bayangkan...

Hadirmu...
kerana kaulah aku berdiri disini hari ini
kerana semangat kaulah
ketabahan memenuhi diri ini
kekuatanmu manjadikan aku
seperti hari ini
akan ku jadikan diriku sekuat dan setabahmu

Hadirmu...
membawa kembali perasaan rindu
perasaan yang telah lama aku padamkan
apakah perasaanku terhadapmu?
aku sentiasa menunggu kehadiranmu
mendengar suaramu
sudah cukup menghilangkan rinduku
rinduku kepada seorang teman...
yang telah mengembalikan diri ini...

Thursday, August 18, 2005

Thanks

Wednesday, August 17, 2005

Kedukaan&Kegembiraan

andai hari ini aku berduka..
tiada siapa di sisiku
andai hari ini aku gembira..
semuanya datang bersilih ganti
apa yang berlaku sebenarnya?
inilah lumrah hidup yang perlu dilalui..
noktah kegembiraan dan kedukaan
adalah apabila diri kaku di pembaringan

inilah yang perlu diterima
semuanya datang dan pergi seperti
angin lalu...
ianya bagaikan roda...
yang sentiasa berputar...berputar..
dan berputar tanpa henti...
berputar tanpa penghujung
hinggalah bila tiba masanya...

bilakah masanya itu?
bilakah semuanya akan berhenti?
mungkin hari ni..mungkin esok...
mungkin juga lusa...
siapa tahu?
tiada jawapan tepat yang dapat diberikan..
masa berlalu bersama warna-warna
keceriaan alam fana ini..

bersedialah...bersedialah untuk segalanya..
mungkin saat ini berduka...
esok bergembira...
kemaudian..
apakah yang akan datang kemudiannya?
hanya senyuman yang dapat diberikan...
bila semuanya bersedia...
tiada lagi kejutan...hanya...
ketabahan yang memenuhi diri...

Sunday, August 14, 2005

Kehidupan

kehidupan satu keunikan
keunikan satu realiti
dan realiti menjadi satu
keistimewaan
akhirnya keistimewaan itu menjadi
satu kesamaran dalam kehidupan
kehidupan mengajar tentang
kematangan
kehidupan mengajar tentang dewasa
kehidupan mengajar untuk bersedia
dari segala gelombang hasutan
syaitan
dari ombak ganas sang iblis
kehidupan yang dimulakan dengan
keburukan
dihidangkan dengan kemaksiatan
dikenyangkan dengan kesengsaraan
kehidupan yang dimulakan dengan
kebaikan
disajikan dengan keimanan
dihiasai dengan ketakwaan
akhirnya hidup dilimpahi
kemualiaan...
kesenangan...
kesenangan menghadapi mati
kesenangan meninggalkan
syurga dunia
kerana keinginan syurga yang
kekal abadi...
bukan sandiwara yang
bermain tanpa henti
dan akhirnya kecundang sendiri...

Sunday, August 07, 2005

Hati masih rindu


Hati ini rindu lagi
Rindu pada si dia yang aku nanti
Walau dia nun jauh di sana
Tetapi seakan dia dekat di sisi

Mengapa rindu ini
Masih belum mahu pergi?
Mengapa rindu ini
Masih teguh di sini?

Sukar untuk aku mengerti
Mengapa harus aku terus merindui

Rindu ku ini,
Setia bagaikan ombak membelah pantai
Bagaikan bintang yang menemani bulan
di kala malam
Bagaikan mentari memancar menyinari alam

Rindu ini masih milik seorang aku
Namun aku tahu,
Pasti akan datang satu hari nanti
Rindu ku ini akan berlalu pergi
Kerana di kala itu
Aku sudah berjumpa
Si pemilik rindu ini....

Wednesday, August 03, 2005

Mentari

mentari...

suluhlah diri ini

semoga mendapat semangat

dan kekuatan kembali

hanya Kau yang mengerti

betapa sunyinya hati ini

mentari...

suluhlah hingga ke dasar diri ini

aku inginkan cahaya diri kembali

menyinari diri ini..

aku ingin mencari diri ini

sebelum aku dapat menyinari orang lain

mantari..

berilah kekuatan cahayamu

semoga aku akan sekuatmu...

dan dapat harungi hidup yang penuh dugaan

serta menuju ke jalan-Mu..

aku akan setabah mungkin

untuk menghadapi luku hidup ini...

mentari..

selagi kau menyinari bumi ini

kau adalah kekuatan diri ini....

Monday, August 01, 2005

kau mutiara 2

kini kau melangkah pergi..

pergi bersama kenangan lalu..

usahlah kau menoleh lagi..

menoleh untuk kali terakhir..

kerana masa lalu takkan berulang..

untuk kali keduanya..

kau telah memilih cara hidupmu..

cara hidup seorang mutiara..

bukan sepertiku hanya pasir putih

yang hanya mengikut alunan ombak

walaupun aku hanya pasir puteh

namun aku bersyukur kerana

hidupku kini penuh dengan keceriaan

yang dibawa oleh orang yang benar benar memerluku

menganggapku lebih bermakna dari mutiara...

kini aku mempunyai kehidupan

yang amat bermakna...

aku bukan lagi pasir putih

yang tidak di pandang orang...

malah aku adalah pasir putih yang amat berharga...