Saturday, May 07, 2005

Di kala sepi..

aku ternanti-nanti dirimu..
melihat dirimu seperti dulu..
gelakmu..tawamu..renunganmu..
tak pernah hilang dari pandanganku..
segalanya silih berganti..

dikala aku sepi..
aku melihat gambarmu..
kaulah segalanya..
kau memberri aku kebahagiaan..
yang tak dapat diberikan oleh sesiapa..

setiap saat aku menanti dirimu..
walaupun hanya muncul dalam mimpi..
aku tersenyum puas..
aku tahu kau bahagia di tempatmu..
aku mendoakan dirimu diberkati..

walaupun aku menantimu..
aku tahu kau takkan kembali..
takkan kembali kerana aku melihatmu..
melihatmu pergi selamanya..
hanya doaku mengiringimu..

di kala sepi..
aku memohon doa untukmu..
untuk diriku juga..
semoga kita akan bertemu lagi..
bertemu untuk selamanya..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home