Wednesday, March 30, 2005

Tuhan..

Tuhan,
Kiranya kasih sayang ini suci
Maka
Kuharap semailah ia dengan bibit rindu

Tuhan,
Kalaulah rindu ini benar
Bajailah dengan titis cinta
Pagarkan ia dari titik-titik noda

Tuhan,
Sekiranya cinta ini kudus
Hiasilah ia dengan jambangan pengorbanan
Harumkan ia dengan wangian keikhlasan

Tuhan,
Kurniakan aku cintaMu
Dan cinta orang yang menyintaiMu
Serta cinta orang yang boleh menghampirkan
Aku padaMu
Jadikan cinta itu
Cinta yang boleh aku dambakan

0 Comments:

Post a Comment

<< Home